Soalan Lazim
di sini kami paparkan soalan-soalan yang lazimnya ditanyakan
Apakah itu Chameleon Core?
Chameleon Core adalah penjana laman web dan teras kepada sistem. Ianya tidak mempunyai framework, maka untuk membolehkan anda melihatnya anda perlulah mempunyai framework sama ada disambungkan kepada mana-mana framework di laman web kami ataupun anda mereka framework anda sendiri dan membuat perubahan pada framework yang sedia ada.
Apakah itu framework?
Framework adalah 'kulit' bagi sesebuah laman web yang dapat anda lihat di skrin komputer. Namun ianya hanya boleh dilihat apabila anda telah install Chameleon Core. Anda boleh mendapatkan seberapa banyak framework dan bertukar-tukar antaranya secara bebas. Framework kami bukan hanya mempunyai reka bentuk yang berlainan malah ciri-ciri yang berbeza.
Di manakah lokasi kami?
Chameleon Development Group Inc. adalah sebuah syarikat perusahaan keluarga yang kecil, pejabat utama kami adalah di Los Angeles, California. Beberapa jurureka bentuk dan programmer kami berkerja secara jarak jauh dari Argentina, Slovenia, Bulgaria, dan beberapa negara lain. Sebab itulah kami mampu menawarkan harga yang berdaya saing selain mempunyai ciri-ciri yang tidak dapat ditandingi.
Bagaimana Chameleon lebih baik daripada ...?
Ianya sudah pasti lebih baik daripada mana-mana perisian yang ada pada masa kini, walaubagaimanapun ianya terpulang kepada klien untuk membuat keputusan sama ada ini ialah perisian yang mereka perlukan, dengan merujuk kepada demo secara cermat.
Bolehkah saya mengubahsuai Chameleon? Adakah ia bersifat sumber terbuka?
Ya, semestinya anda boleh mengubahsuainya seperti yang anda kehendaki. Ianya adalah bersifat sumber terbuka 100% dan hanya fail-fail berlesen sahaja yang dilindungi.
Dalam bahasa apakah perisian ini boleh didapati?
Buat masa ini ia boleh didapati dalam bahasa Cina, Inggeris, Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Lithuania, Sepanyol, Turki, Russia dan Portugis. Sebarang penterjemahan hanya mengambil masa kurang dari 3 jam dan dilakukan di admin CP. Anda juga boleh membuat pembetulan jika terdapat kesalahan bahasa. Anda boleh menetapkan bahawa setiap user perlu membuat pilihan bahasa di halaman utama untuk melayari laman web.
Jika saya membeli lesen, adakah laman web itu akan menjadi milik saya?
Laman web akan menjadi milik anda, malah anda boleh menjualnya juga. Tiada sebarang bayaran bulanan dikenakan.
Bolehkah saya membatalkan mana-mana ciri-ciri yang ada?
Ya, anda boleh mengaktifkan atau memadam mana-mana ciri-ciri yang ada.
Adakah Chameleon banyak memberikan bebanan kepada server?
Pengalaman kami yang luas dalam laman web janji temu (Projek Chameleon sebagai skrip janji temu telah dimulakan sejak tahun 2001) telah memberi peluang kepada kami menghasilkan penjana terpantas mungkin, kerana terdapat ramai pengunjung melayari laman web janji temu jadi kami perlu mengoptimumkan semua arahan pengkalan data supaya server anda tidak mengalami lebihan bebanan. Kami telah menjalankan ratusan ujian untuk mengatasi masalah ini. Kami telah memilih PHP kerana ia merupakan bahasa programming terpantas. Inilah sebab mengapa Facebook yang mempunyai berbilion user menggunakan skrip PHP.
Bagaimana skrip janji temu dan skrip rangkaian sosial boleh menjadi skrip yang baik pada masa yang sama?
Pertamanya, laman web janji temu itu sendiri adalah sebuah laman web rangkaian sosial tetapi dengan fungsi yang amat terhad, yang mana adanya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang jelas: komunikasi, berbalas kenyitan, dan lain-lain. Disebabkan skrip kami telah dimulakan seawal tahun 2001 lagi, membantu kami menjadikannya sangat pantas dan tahan lama, oleh kerana pada masa itu laman web janji temu adalah teramat popular dan skrip tersebut perlu dioptimumkan untuk menampung keperluan semua pengunjung. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada framework kami digunakan untuk membina laman web janji temu dan laman web rangkaian sosial. Semuanya merupakan perkara yang sama, cuma berlainan dari sudut ciri-cirinya.
Bolehkah sebarang framework telefon bimbit digunakan dengan sebarang framework komputer?
Ya, anda boleh menggunakan sebarang framework telefon bimbit dengan framework komputer, ianya menggunakan pengkalan data MySQL dan fail media yang sama, sebagai contoh White Mobile Framework dengan Oryx Framework, dan lain-lain. Walaubagaimanapun anda perlu melihat sama ada kedua-duanya memiliki ciri-ciri yang sama yang anda perlukan dan juga sama ada framework telefon bimbit mempunyai nama yang sama dengan yang ada pada komputer, jika ya maka framework telefon bimbit ini merupakan pilihan terbaik anda.
Adakah ia percuma untuk install perisian ini?
Ya, kami install perisian ini dengan percuma jika anda mahu. Ianya juga adalah amat mudah jika anda mahu install sendiri.
Mengapakah Chameleon adalah perisian terbaik?
Kami telah menumpukan segala usaha kami dalam mencipta perisian yang terbaik dan paling menarik di pasaran untuk anda. Perisian kami mempunyai jauh lebih banyak ciri-ciri menarik berbanding mana-mana skrip rangkaian sosial atau janji temu yang menjadi pilihan anda.
Bolehkah saya memiliki lebih daripada satu framework?
Sudah tentu ya. Buat permulaan anda boleh membeli satu framework dahulu untuk menguji keberkesanannya pada laman web anda. Seterusnya anda sentiasa boleh membeli mana-mana framework lagi di laman web kami jika anda mahu.
Apakah itu “kami merubah reka bentuk”?
Kadangkala ada klien yang mahukan sesuatu yang unik seperti meletakkan warna atau gambar-gambar tertentu pada halaman utamanya. Maka jurureka bentuk kami akan meneliti idea-idea ini dan membuat framework baru yang unik berasaskan salah satu framework yang sedia ada.
Adakah mana-mana framework serasi sepenuhnya antara satu sama lain?
Ya, anda boleh mengubah framework anda pada bila-bila masa tanpa sebarang masalah. Hanya reka bentuk dan fungsi yang akan berubah manakala semua isi kandungan, teks, foto, senarai kenalan akan kekal sama. Sebab itulah perisian kami diberi nama Chameleon, ia hanya bertukar pada luaran apabila diperlukan.
Hosting manakah yang anda syorkan?
Ada normal berbagi rumah dengan PHP dan Mysqlcomment seperti GoDaddy adalah ok untuk memulai. Anda juga bisa menggunakan kita yang bebas tuan rumah. aku? Bunglon memerlukan setidaknya 1000Mb dari web-ruang dan 50Mb dari Mysqlcomment DB ruang untuk instalasi. Tuan rumah anda harus memiliki Linux/Unix (RedHat, Debian, FreeBSD, Mandrake, dll.) atau Jendela OS, Apache Pelayan Web, PHP 5.3 dan lebih tinggi (Apache dan CGI modul), Mysqlcomment 5 dan lebih tinggi, Cron Pekerjaan, ionCube Loader untuk lisensi file. Apache mod_security harus dimatikan pada tuan rumah. aku? Kami sarankan sebuah VPS (virtual pribadi pelayan) jika anda berencana untuk memiliki banyak pengguna. Tapi tentu saja kau bisa pindah ke sebuah VPS setiap saat nanti. Beberapa murah VPS penyedia (kami tidak terlibat dengan mereka ... dan tidak bertanggung jawab untuk mereka service): hosthatch.com, ovh.com, bluevm.com, atau, kau bisa temukan murah VPS di negara anda di sini. lowendbox.com. Juga anda bisa menggunakan kita yang bebas menjadi tuan rumah, tolong periksa menetapkan harga halaman (kami akan membebankan, hanya untuk membeli server setup). Ada yang lain yang berbagi rumah yang memenuhi persyaratan kami bisa digunakan juga, dan ketika anda memiliki lebih pengguna kau pindah ke sebuah VPS, yang sangat sederhana operasi.
Kau bisa periksa jika anda menjadi tuan rumah yang cocok menggunakan kita alat, hanya membongkar dan meng-upload file ke akar dan lari site.com/a.php
Adakah terdapat kos-kos tersembunyi? Adakah saya akan mendapat semua ciri-ciri sepenuhnya?
Hanya dengan sekali bayaran, anda akan mendapat semua ciri-ciri yang disenaraikan sepenuhnya. Tiada apa-apa bayaran lain dikenakan.
Perlukah saya membayar untuk kemaskini?
Semua kemaskini adalah percuma seumur hidup.
Bolehkah saya menjual semula perisian anda dan memperoleh komisyen?
Ya, sudah tentu boleh. Anda hanya perlu mendaftar di sini. Anda akan memperoleh komisyen sebanyak 20% untuk setiap jualan.
Adakah anda membuat penyesuaian dan padanan terhadap perisian ini?
Kebiasaannya kami akan membincangkan berkenaan penyesuaian dan padanan setelah satu-satu laman itu beroperasi. Kos untuk setiap item adalah di antara 30 hingga 300 USD bergantung kepada beban kerja programmer kami pada masa tersebut. Anda juga boleh melakukan penyesuaian sendiri kerana kod-konya bersifat terbuka. Jika berminat, anda boleh mengupah programmer kami di pautan ini: mods.chameleonsocial.com
Adakah ia terhad kepada janji temu dan rangkaian sosial?
Chameleon adalah universal. Terdapat framework yang membolehkan anda mencipta pelbagai jenis laman web, contohnya untuk ahli muzik atau untuk perkongsian video. Mana-mana framework dan terasnya juga boleh diubahsuai menjadikan Chameleon mampu mencipta apa-apa laman web baru.
Mengikut kesesuaian anda
Anda boleh memilih dan memadankan ciri-ciri unik yang anda mahukan pada laman web anda mengikut CITARASA TERSENDIRI.
Cepat dan mudah
Muat turun dalam masa beberapa minit dan sedia untuk install. Jika diperlukan, kami menawarkan khidmat install secara percuma dalam tempoh 24 jam dari masa pembelian.